Ramai doktor pakar di Malaysia menggalakkan hubungan kelamin semasa subur di mana suami dan isteri akan mengadakan hubungan kelamin semasa isteri subur. Ia amatlah sesuai untuk mereka yang muda dan tidak mempunyai masalah kesuburan yang lain.
Sepanjang pengalaman ivf, kehamilan akan dicapai melalui rawatan ini berlaku dalam 3 hingga 4 bulan pertama. Jika pasangan tersebut gagal untuk hamil di luar masa ini, pilihan lain boleh dipertimbangkan.
Apakah itu rawatan IVF?
Kepada yang masih yang tertanya-tanya apa itu IVF atau lebih dikenali dengan jolokan ‘bayi tabung uji”. Untuk proses ivf yang berjaya, telur akan dikeluarkan dari ovari dan disenyawakan dengan sperma dalam makmal. Embrio tersebut kemudiannya diletakkan di dalam rahim wanita.
Klinik rawatan kesuburan amat mengesyorkan jika pesakit:
1. Telah didiagnosis dengan kemandulan yang tidak dapat dijelaskan sebabnya.
2. Tiub fallopio yang tersumbat.
3. Teknik rawatan alternatif kesuburan lain yang gagal.
4. Bilangan sperma suami yang pra-matang atau tidak aktif.
Sepanjang proses IVF, si isteri akan menerima ubat untuk mengawal kitaran haid semula jadi. Rawatan ini akan diberikan sebagai suntikan harian yang boleh disuntik oleh pesakit sendiri.
Seterusnya, hormon kesuburan yang dikenali sebagai FSH akan disimulasikan. Ini biasanya diambil sebagai suntikan harian untuk sekitar 10 hingga 12 hari supaya bilangan telur itu matang dan 38 jam kemudian telur akan disebut keluar dari ovari wanita.
Untuk tips ivf yang lebih berkesan, proses pengumpulan telur akan dilakukan dengan bantuan imbasan ultrabunyi. Ubat pelali juga akan digunakan. Satu jarum akan dimasukkan ke dalam ovari dan telur akan disebut. Sedikit pendarahan di faraj mungkin berlaku selepas prosedur ini.
Pada masa telur pesakit disedut, suami akan diminta untuk menghasilkan sperma dan akan disimpan, dicuci dan diputar pada kelajuan yang tinggi. Kaedah ini dapat menghasilkan sperma yang lebih berkualiti dan paling aktif untuk dipilih.
Telur isteri akan dicampur dengan sperma suami dan akan dikultur dalam makmal untuk tempoh 20 jam. Telur yang telah disenyawakan atau embrio akan terhasil. Satu atau embrio yang terbaik akan dipilih untuk dimasukkan ke dalam rahim si isteri, berdasarkan harga ivf di Malaysia.
Bagi wanita yang telah berumur kurang daripada 40 tahun, satu atau dua embrio boleh dipindahkan. Jika 40 tahun atau lebih, tiga embrio mungkin akan dipindahkan. Pemindahan bilangan embrio yang banyak juga berisiko untuk kelahiran kembar. Baki embrio akan dibekukan dan boleh digunakan untuk masa hadapan, jika ia adalah sesuai.
Proses Pemindahan Embrio
Sepanjang rawatan IVF, pemindahan embrio sudah tentu akan berlaku selepas telur telah dikumpul dan disenyawakan dalam makmal. Rawatan ini juga bergantung kepada situasi antara satu atau dua embrio yang terbaik akan dipilih dan kemudiannya dipindahkan ke rahim isteri. Embrio ini harus boleh melekat pada dinding rahim untuk menghasilkan kehamilan.
Prosedur ini biasanya akan melibatkan perkara seperti berikut:
Dua hingga tiga hari selepas telur disenyawakan, embrio yang paling berkualiti dan terbaik akan dipilih untuk dipindahkan ke rahim si isteri. Jika pesakit di bawah umur 40 tahun, satu atau dua embrio sahaja akan dipindahkan. Tetapi jika kepada pesakit wanita yang lebih berumur, tiga embrio akan dipindahkan untuk meningkatkan peratusan berjaya untuk hamil.
Di samping itu, pemindahan embrio boleh dilakukan oleh doktor dengan memasukkan spekulum ke dalam faraj. Kemudian satu tiub halus akan dimasukkan melalui servik dengan imbasan ultrabunyi dan embrio dimasukkan ke dalam rahim memalui kater tersebut.
Prosedur pemindahan embrio biasanya tidak sakit dan todak perlu ubat pelali. Pesakit juga mungkin akan mengalami sedikit ketidakselesaan kerana pundi kencing yang penuh diperlukan jika imbasan ultrabunyi digunakan.